Program Pembangunan Usahawan Inkubator PolyCC
Konsep pembangunan usahawan inkubator adalah untuk membantu dan membimbing usahawan daripada awal sehingga mereka mampu berdiri sendiri. Usahawan yang berada di dalam inkubator akan menerima bimbingan secara berterusan bagi memastikan operasi perniagaan berkembang dengan menggunakan pelbagai sumber yang diberikan oleh institusi sepanjang tempoh inkubator. Institusi yang melaksanakan program inkubator boleh memberikan bantuan dan bimbingan seperti ruang pejabat dengan harga berpatutan, perkongsian pejabat dan perkhidmatan, latihan pengurusan secara berterusan, sokongan pemasaran dan juga akses kepada beberapa bentuk pembiayaan, dan sebagainya.
Matlamat program inkubator ini adalah untuk mewujudkan dan membimbing entiti perniagaan sehingga mampu bergerak sendiri dan mempunyai kewangan yang stabil. Adalah diharapkan perniagaan yang telah tamat program inkubator akan mampu bergerak dan berkembang sendiri selain mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi tempatan dan mengkomersilkan teknologi baru. Konsep inkubator adalah satu medium untuk membangunkan perniagaan usahawan muda disamping membantu mereka untuk bertahan dan berkembang dari semasa ke semasa.

Pengenalan PCCIC
PolyCC Incubator Classroom (PCCIC) ialah program inkubator keusahawanan yang melibatkan pelajar dalam pengajian yang dipilih melalui bidang pengajian tertentu. Pelajar dibimbing oleh ketua unit keusahawanan serta pensyarah pembimbing/mentor dalam aspek kewangan, pemasaran, operasi dan pentadbiran. Program ini berlangsung selama 18 bulan dan melalui 3 fasa.
Objektif PCCIC
Kaedah Pelaksanaan PCCIC
Setiap institusi perlu mengenalpasti satu (1) kelas di dalam bidang kursus yang ditawarkan bagi mengikuti program ini.. Pemilihan adalah melibatkan kelas dari semester pertama dan mengikuti program selama tempoh minima 18 bulan atau sepanjang tempoh pengajian di institusi. Anggaran kapasiti satu (1) kelas ialah seramai 25 orang pelajar. Program ini bermula dari semester pertama melibatkan fasa berikut selama tempoh minima 18 bulan: